LELAKI MELAYU BERMASALAH???

Artikel yg teman dpt dr email

Pada ketika Wawasan 2020 hanya tinggal 11 tahun sahaja lagi, saya percaya kita semua harus bekerja kuat pada masa ini. Namun, saya berasa kecewa dengan sikap kaum lelaki Melayu di negara ini. Baru-baru ini, saya dan beberapa orang rakan perempuan melalui Stadium Hoki Jalan Pantai Bahru di Lembah Pantai.


Pada masa itu, ada sekumpulan pelajar lelaki sedang berehat di tepi pagar dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Saya percaya mereka adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Sudahlah tidak berpakaian dengan sopan, mereka tanpa segan silu bersiul dan cuba mengganggu kami. Entah apa agaknya di fikiran mereka. Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka.


Saya dan kawan-kawan sebenarnya sudah banyak kali diganggu lelaki-lelaki muda tidak bertamadun seperti ini dan berasa sangat sakit hati setiap kali diganggu seperti itu. Kadang-kadang, yang mengusik itu hanya berpakaian compang-camping dan kotor, berbau seperti sudah 10 tahun tidak mandi dan kelihatan seperti penagih dadah pun masih berani mengganggu anak gadis orang.


Pernah suatu ketika saya berada di Bangsar, saya nampak seorang lelaki berpakaian selekeh dengan rokok di tepi bibirnya mengganggu dua orang pelancong wanita berbangsa Inggeris yang hendak ke restoran mamak di situ. Dua pelancong wanita itu kelihatan takut, lalu beredar dari situ dengan segera. Barangkali niat mereka untuk mencuba makanan mamak, terbatal.


Saya berpendapat, sikap lelaki Melayu tidak berubah walau betapa maju pun negara kita. Mereka masih beranggapan wanita perlukan mereka dan mereka tidak peduli untuk memalukan diri sendiri dengan berperangai seperti itu. Banyak pelajar perempuan di universiti enggan bekerjasama dengan pelajar lelaki kerana mereka merasakan pelajar lelaki memang tidak boleh diharap. Walaupun mereka lulusan luar negara, kerap kali pelajar lelaki kaum lain jauh lebih baik daripada pelajar lelaki Melayu.



Diganggu

Saya menetap di luar negara selama dua tahun ketika belajar di sana dan dalam tempoh itu, saya tidak pernah diganggu walaupun berjalan seorang diri pada pukul 2 pagi pada malam Sabtu. Sebaik sahaja pulang ke Malaysia selama dua bulan ini, sudah ada tiga lelaki Melayu yang berperangai seperti sampah, bersiul dan mengganggu saya yang berjalan di pesiaran kaki di ibu kota. Setelah pulang dari luar negara, saya berpendapat lelaki-lelaki Inggeris lebih bersopan santun daripada lelaki Melayu, sekalipun kita selalu berpendapat mereka itu tidak bermoral. Saya tidak pernah disentuh walau seinci pun oleh lelaki-lelaki Inggeris.


Saya pernah menghadiri sebuah parti untuk mengumpul data kajian saya dan saya tidak dipaksa minum arak, sekalipun arak dihidangkan di parti itu. Setelah melihat sendiri budaya dan cara hidup bangsa Inggeris yang selalu kita katakan tidak bermoral, saya berpendapat sebenarnya mereka jauh lebih baik daripada lelaki Melayu. Golongan wanita tidak kira daripada bangsa apa pun, lebih selamat berada di kalangan lelaki Inggeris daripada bersama lelaki Melayu. Sekumpulan lelaki Inggeris pun tidak pernah menimbulkan sebarang gangguan. Tetapi kalau lelaki Melayu, seorang pun cukuplah untuk menimbulkan masalah.


Saya tidak faham mengapa lelaki Melayu mesti berkelakuan begitu buruk sekali. Fikirkanlah. Lelaki Melayu di Kuala Lumpur pun berperangai seperti ini, bagaimana di kampung-kampung? Budak-budak sekolah semuda 16 tahun sudah pandai mengusik anak gadis orang, bagaimana sikap mereka apabila dewasa kelak? Janganlah harap mereka akan berubah sendiri apabila dewasa kerana lelaki seperti mereka inilah yang akan mengabaikan keluarga mereka kelak.


Seorang ilmuwan pernah berkata; "Jika hendak tahu keadaan masyarakat pada zaman hadapan, lihatlah anak-anak muda hari ini.

" Jika perempuan boleh dilatih sejak kecil untuk menguruskan rumah tangga, kenapa tidak lelaki juga dilatih bertanggungjawab? Kerap kali kita mendengar golongan tua meleteri gadis-gadis muda, "Kalau tidak tahu masak macam mana nak kahwin?" Kenapa tidak katakan perkara yang sama kepada anak-anak lelaki? Kenapa tidak ada yang berkata, "Kalau perangai macam sampah, macam mana hendak kahwin?"

Saya hendak berterus-terang; saya sudah bosan dengan sikap lelaki Melayu yang terus-terusan menimbulkan masalah dan sentiasa juga enggan mengaku itu ialah masalah mereka. Malah, mereka tidak pun berasa malu mempertanggungjawabkan orang lain atas masalah mereka. Atas tujuan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk wanita supaya mereka bebas keluar masuk rumah mereka, saya mencadangkan agar lelaki-lelaki yang bersantai di tepi jalan yang mengusik anak-anak gadis didakwa atas kesalahan melakukan gangguan sosial. Mereka ini perlu diajar menghormati wanita. Wanita bukannya bodoh seperti dahulu.

Salam to all my fwenz-in-law so today punyer tajuk bknlah mengenai ekonomi dunia yg menggila menyebabkan psp nek rege ataupun game ps3 yg asik delay je ataupun pointer aku yg menggila ataupun mengenai pm baru ataupun tangisan ank2 kecil yg inginkan xbox 360 ataupun game burnout paradise yg syok gilew tp pasal tajuk di atas iatu "LELAKI MELAYU BERMASALAH???" so kalo kite melihat condition negara kite ni lelaki terutamanyer dr kaum MELAYU mmg dlm condition yg agak "teruk" itu aku pun akui walaupun teman dr org "MELAYU" tp apa aku nk ckp disini x all laki melayu mcm tu cuma skit je kut mcm tu walupun begitu condition la ni mmg teruk

aku rasa la kan sbb nape laki melayu masalah

1.kurang kasih syg
ini pendapat aku la yg membesar dikalangan mat2 saleh ketika ku kecil sbb apa aku tulis mcm ni sbb aku lihat bapa2 org melayu keras x tentu hala maksud aku ye la anak deme yg kecik tu x men bersame2 dgn deme lps tu masa ank kecik x bergaul men besame2 gelak same2 men gusti la x mcm org putih walaupun org putih tu ketua mafia sekali pun kalo bab ank tu deme blh jd mcm badut kalo melayan ank lg 1 kat malaysia ni ade ke projek "father and son" masa aku membesa dgn org putih dulu selalu aku dgr psl ni ni kira anak dan ayak buat sesuatu perkara besrsama mcm betulkan kete ke bela tv yg rosak ke buat kete tolak ke lebih kuwang mcm tu la..namapak mudah je kan tp memberi makna pada budak tu

2.sistem pendidikan
sistem pendidikan kite ni yg berasas kepada exam only menyebabkan punca problem ini berlaku...tafsirannyer lebih kuwang mcm ni la aku dulu ada membe yg ada penyakit x blh fokus/beri perhatian nama sainstifiknyer aku x tahu la kan membe aku ni genius math kaw2 punyer genius addmath dier x penah x dpt A1 konfirm A1 punyer kalo dlm exam...org selalu wat exam math dlm sejam die blh wat 30 minit atau kurang tp die punyer kelemahan subjek membaca die fail menulis pun mcm x pande sgt la tp bab math kowang kirim salam je la cuba korang lihat disini ALLAH x mencipta manusia semua blh dpt A ALLAH tu MAHA ADIL kalo manusia tu buta ALLAH bagi die punyer sense rasa tinggi see ALLAH x mencipta manusia dr kecik masuk tadika lps tu masuk sekolah rendah masa umur 12 tahun amik upsr,masa umur 14 amik thanawi,masa umur 15,amik pmr masa umur 17 tahun amik spm lps tu masuk U amik degree (diploma x pandang dah) abis amik degree kawin dpt anak mcm tu kew nehi nehi tau x sistem pendidikan negara kite yg mengikut peperiksaan sgt kalo masa aku tadika kat dulu kalo bdk tu pande math die antar sek sains kalo pande sukan die antar sek sukan kalo israel laknutullah tu kalo bdk tu pande sains die antar bdk tu belajar betul2 jd saintis lg 1 bdk laki kalo time sek mmg bahlul tp sampe pendidikan tinggi deme jd pande..........

3.sivik minded x de
ni pun punca utama nape laki melayu bermasalah....mls aku nk komen psl bende ni

4.didikan agama kurang
ni pun mls nk komen

Penutup.....
apa solution bg masaalah ini ialah iatu bermula dr keluarga itu sendiri kalo keluarga itu mcm buaya jd buaya la bdk tu........wasallam



1 comments:

Sumaiyah said...

oleh sebab itu, sentiasalah berdoa supaya mendapat pasangan hidup dunia akhirat yang mampu membimbing dan membantu ke jalan-Nya!

Post a Comment